KELAB SAHABAT FOTO SENI BUDAYA NEGERI SELANGOR
Telah didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 28hb November 2008.
Objektif Kelab :
-Mengambil gambar bagi program-program Kesenian dan Kebudayaan di Peringkat Daerah/Negeri/Kebangsaan
-Menjalankan program-program sosial dan riadah berkaitan Seni dan Budaya bagi memelihara dan memperkukuhkan Sistem Sosial Pembangunan Modal Insan
-Merancang, Melaksana dan Menjalankan Program-Program berkaitan Seni dan Budaya secara kerjasama dan aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi, kebajikan serta lain-lain aktiviti yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli pertubuhan
-Memupuk semangat perpaduan, kemesraan, keharmonian dan toleransi serrta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli
-Menyediakan ruang kepada individu daripada pelbagai latarbelakang untuk memberi sumbangan secara sukarela dan kolektif bagi menggalakan Apresiasi daya Kreatif dan inovatif di kalangan ahli
Alamat Surat Menyurat :
Urusetia Kelab Sahabat Foto Seni Budaya
D/A : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor,
Tingkat 22, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.